by Miss Ayu | 24 Apr 2009

WorldStars Road to Hollywood' adalah program realiti yang mencari mereka yang berbakat dalam seni persembahan bagi mewakili negara ke Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) di Hollywood.
Walaupun program ini tidak sepopular program realiti yang lain seperti One In A Million, Akademi Fantasia dan Mentor, tetapi hakikatnya bukan calang-calang individu yang boleh menyertainya.

Ini merupakan kali keempat Malaysia menyertai kejohanan ini dan seperti tahun lalu, kejohanan ini di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).
Kepada yang masih belum jelas tentang pertandingan ini, Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) adalah sebuah seni persembahan di pentas antarabangsa yang diadakan di Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Kejohanan ini akan disertai oleh peserta dari serata pelusuk dunia daripada pelbagai peringkat umur. Ia terbahagi kepada beberapa kategori seperti nyanyian, tarian, lakonan, peragaan dan instrumental (alat muzik).


Tahun ini, menyaksikan persaingan di antara Yusrizan Yusof (Bob AF) dan Siti Sarah Raisuddin dalam kategori nyanyian. Kedua-dua penyanyi ini akan berentap bersama lapan orang lagi peserta akhir dalam kategori yang sama. Siapakah yang bakal mewakili negara?
Semuanya akan terjawab pada pertandingan akhir WorldStars Road to Hollywood yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV2, jam 8.30 malam dari Istana Budaya pada 3 Mei ini.
Pada pertandingan akhir itu, seramai 40 peserta yang akan bersaing sesama sendiri untuk lima kategori yang dipertandingkan. Setiap peserta ini berumur di antara 14 hingga 30 tahun.
http://gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail.aspx?ArticleID=3422
No comments:
Post a Comment