Monday, December 22, 2008

Sarah tersentuh kerana masih diingati

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my



Tampak kesungguhan pada wajahnya diiringi nada penuh semangat untuk kembali mewarnai persada seni suara selepas hampir lima tahun tidak muncul dengan album.

"Saya mahu buat 'comeback' dan menyerlah semula," kata penyanyi kecil molek Siti Sarah Raissudin, 24, penuh pengharapan.

Terlalu banyak ujian melanda kehidupan Siti Sarah sejak lima tahun kebelakangan ini dan fitnah yang ditaburkan terhadapnya mencalarkan imej serta hampir menjejaskan karier nyanyian.

Namun, sokongan peminatlah yang membuatkan penyanyi popular dengan lagu Kesetiaan ini bangkit daripada kejatuhan dan menggilap semula namanya.

"Hampir lima tahun tiada album, namun peminat masih mengingati saya. Setiap kali membuat persembahan mereka sering bertanya bila agaknya saya akan muncul dengan album baru?

"Apabila mereka menyuarakan hal itu, hati saya tersentuh kerana tidak menyangka masih ada lagi peminat mahu mendengar nyanyian saya. Saya ingatkan mereka sudah melupakan saya.

"Berasakan masih ada lagi harapan untuk bersinar, saya kumpulkan semangat untuk merencanakan semula karier seni saya sekali gus menerbitkan album baru yang kini dalam proses praproduksi," katanya.

Memastikan hasilnya yang terbaik, pemilik suara seksi ini tidak kisah menunggu lama asalkan 10 lagu yang dimuatkan dalam albumnya nanti dapat memberi kepuasan tidak hanya kepada dirinya selaku penyanyi tetapi juga peminat.

"Saya tidak mahu buat album tangkap muat yang bersandar pada satu single saja sementara yang lain tidak bagus. Saya mahu setiap lagu di dalam album ini mampu menjadi hit.

"Disebabkan itulah, saya tidak pernah berkira soal bajet kerana percaya untuk menghasilkan album yang bagus kita kena berani melabur. Tidak sekadar album berkualiti, saya juga mahu menjadikannya sebagai album yang ada hala tuju.
"Dengan bajet sendiri, saya juga dapat terbabit secara langsung sepanjang proses pembikinan album ini. Dulu saya tidak berpeluang kerana segalanya diuruskan syarikat rakaman," katanya.

Nama besar yang dijangka terbabit dalam pembikinan album Sarah ialah Aidit Alfian, Adnan Abu Hassan, Hazami, Sharon Paul dan Helen Yap.

Harian Metro
23 Disember 2008

Friday, December 12, 2008

'Sekarang pun dia cuba burukkan Sarah'

Terpalit pelbagai kontroversi panas selepas karier seni tidak lagi diurus bapa

BERGELAR artis bermakna merelakan diri untuk terdedah kepada sebarang kontroversi. Suka atau tidak, itulah lumrahnya menjadi anak seni. Walau pahit untuk ditelan, kontroversi tetap harus dilalui. Anak seni mana yang tidak dihambat kontroversi, namun sesetengah mereka beranggapan kontroversi mematangkan diri.




Lapan tahun bergelumang dalam dunia seni suara, si genit ini juga tidak ketinggalan merasai sendiri kontroversi yang hampir menggoyahkan namanya.

Isu mungkir janji kerana gagal menghadiri persembahan, soal bergaduh dengan bapanya hanya kerana dia mengambil pengurus baru, tidak bayar gaji pembantu peribadi dan diikuti dengan kisah putus tunang antara kontroversi yang dikaitkan dengan Siti Sarah Raisuddin.

Biar banyak sekali yang berlaku dalam kerjayanya sejak akhir-akhir ini, wanita berusia 24 tahun ini terus gagah meniti laluan penuh ranjau ini. Memang benar andai difikirkan kembali, ingin saja dia mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni tetapi wanita berasal dari Kuala Lumpur ini tidak mahu dilihat sebagai insan lemah dan cepat mengalah.

Persoalannya kata Sarah, kenapa tatkala berada di bawah jagaan bapanya Raisuddin Hamzah, kontroversi langsung tidak pernah timbul. Namun sejak dia melantik pembantu peribadi kerana bapanya sibuk menguruskan syarikat milik mereka Global Work muncul pelbagai konflik.

“Sejak abah tidak lagi menguruskan Sarah, Sarah rasa ditipu. Malah sejak menggunakan khidmat orang itu, Sarah mengalami kejatuhan gila-gila sehingga sekarang pun dia masih lagi cuba memburuk-burukkan Sarah.

“Kenapa ketika abah menguruskan Sarah semua ini tidak berlaku. Sejak orang itu kerja dengan Sarah, banyak perkara tidak baik yang timbul. Sehingga Sarah dituduh mungkir janji kerana tidak hadir persembahan, datang lambat untuk fotografi dan sebagainya. Semuanya berpunca dari orang itu.

“Kalau dia menjalankan tugasnya dengan betul pasti semua ini tidak berlaku. Sepatutnya sebagai pembantu peribadi dia perlu tahu tanggungjawabnya kerana jadual Sarah ada padanya,” kata Sarah kecewa dengan sikap bekas pembantu peribadinya.

Disebabkan bekas pembantu peribadinya yang cuai, menyeret Sarah ke kancah kontroversi hingga hampir mengancam namanya. Keadaan itu menyebabkan bapanya hampir bersuara dan ingin kembali menguruskan semula kerjaya anak kesayangannya itu.

“Sarah pelik kenapa orang kata saya bergaduh dengan abah sedangkan dia adalah bapa Sarah. Dek kerana pelbagai kontroversi yang melanda Sarah, abah cakap dia nak menguruskan semula Sarah.

“Tapi Sarah bersyukur kerana pelbagai kontroversi yang dilalui mematangkan Sarah. Jika tidak, tentu Sarah tidak matang dan terus mengharapkan abah sehingga sekarang. Sarah yakin abah pasti bangga dengan perkembangan Sarah, cuma Sarah kasihankan abah kerana dia pula yang terpaksa bersusah payah membersihkan ‘najis’ yang terpalit pada Sarah,” kata gadis ini yang menganggap setiap hari yang dilalui adalah pelajaran baru untuknya.

Lima tahun tiada album

HAMPIR lima tahun tidak menghasilkan album baru, Sarah kini tidak sabar-sabar untuk tampil dengan buah tangan terbaru. Bagaimanapun, wanita ini tidak mahu menghasilkan album tangkap muat.

Justeru, dia sanggup menanti lama asalkan dapat menghasilkan album berkualiti. Dengan bajet sendiri, kata Sarah dapatlah dia campur tangan dalam segala urusan penghasilan album sendiri berbanding sebelum ini kerana terikat dengan syarikat rakaman yang lebih banyak membuat keputusan dalam albumnya.

“Sarah mahukan album berkualiti dan ada arah tuju yang sama. Sarah tidak mahu album rojak, kalau boleh biarlah lagu yang terkandung dalam album itu nanti semuanya ‘boom’ dan ada kekuatan masing-masing.

“Sarah tidak mahu peminat tertipu. Sekarang ini Sarah lebih memikirkan keuntungan kedua-dua pihak. Sarah mahu album ini menjadi hadiah paling bermakna setelah lima tahun tidak tampil dengan album,” katanya.

Masih berkawan dengan Fuad

BIAR kasih sudah terputus, Sarah akui hubungannya dengan bekas tunangnya Mohd Harith Fuad Robbinson masih lagi baik. Bagaimanapun sejak Fuad berpindah ke Eropah mereka semakin jarang berhubung, tetapi ketika Fuad berkunjung ke sini baru-baru ini, Sarah tidak melepaskan peluang bertemu dengan bekas tunangnya.

Ditanya apakah seandainya satu hari nanti kasih mereka kembali bertaut, Sarah akan menerima Fuad semula, Sarah enggan memberikan sebarang komen. Katanya dia bimbang kenyataannya itu nanti akan memakan diri.

Siapa pun jodohnya, Sarah tidak kisah dan menyerahkan soal jodoh kepada takdir. Namun yang penting lelaki yang bakal menjadi teman hidupnya tahu menghormati keluarga dan mengetahui selok belok agama supaya dapat membimbingnya.

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Berita Harian 12 Disember 2008
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Hip/20081212075512/Article/

Friday, June 27, 2008

Shooting Raya Bersama Bintang-Bintang


Recording di studio Pak Ngah Production
(Sandarkan Pada Kenangan)







Baru sampai di Audioturium P.Ramlee RTM





Time for Make-Up



Final Touch-Up

Bersama Ramlah Ram Sebelum Recording

Semasa Recording MALIS CINTA!!!

Berakhirnya Shooting Hari Pertama... Gembira!

Saturday, June 21, 2008

Kenali Aku 1

Pada tahun 1984, pada masa whitney houston baru mula bernyanyi... lahirlah seorang kanak-kanak comel di muka bumi malaysia pada bulan 9 hari ke-15.... Itulah aku... Siti Sarah Raissuddin... Aku dibesarkan ditempat yang agak sempoi... AU Keramat... If J.Lo from the block, me... Sarah also from the block...

Dari kecil aku kuat "melalak" sampai emak pun naik pelik... Aku lebih manja dengan abah berbanding emak tapi tak bermakna aku tak rapat dengan mak... She is still my best buddies... So let me start from the beginning... Kalau nak dikatakan, aku dilahirkan dari keluarga seni.. tak lah... tapi abah pernah menjadi seorang pelakon, penyanyi, pengarah dan juga penulis skrip...

Dari masa aku kecil, aku selalu meilihat abah practice. Ada satu hari, abah tengah practice menyanyi... Aku panggilnya 6 kali tapi di masih lagi menyanyi... dia tak dengar dan terus menyanyi.... Lantas aku merajuk terus menyorok didalam almari(sebenarnya mengada2 nak attention)... Aku terus duduk didalam almari... Lepas practice baru Abah sibuk mencari aku... Puas diredahnya seluruh rumah walhal aku hanya didalam almari... tanpa perlu aku berkata apa, abah tahu aku merajuk... Lalu abah memujuk aku dengan membawa aku ke kedai Abg Jais... Al-maklumlah hanya aku seorang bunga didalam rumah...opss... lupa nak bagitahu aku mempunyai seorang abang (abg pie) dan adik (amad). Itulah 2 orang bodyguard yang selalu protect aku...

Kerja production memang dah lali dengan diriku... mana tak nya dulu aku selalu bertenggek mengikutnya kemana-mana dia ada show... Banyak seleberiti tak suke bawa anak ke lokasi... biasa lah diorang... tak perlu aku ceritakan.. faham-faham sendiri tentang attitude orang produksi... Namun sesiapa yang bekerja dengan abah kena tahu benda2 yang berkenaan HARAM dan HALAL... Dengan memerhati aku banyak belajar... erm... Abah pun pernah panggil aku berlakon walaupun jadi extra je... huhu...

Mak dan Abah sangat bertuah dan senang, waktu mula memasuki alam persekolahan mereka tak perlu menghantar aku sehingga ke pintu kelas, apatah lagi, menghantar makanan sewaktu REHAT... aku naik BAS SEKOLAH sendiri, cuma mereka perlu menemani aku menunggu bas... yela kecik lagi kan... TAKUT!!!... Dengan berbekal 25 sen sewaktu zaman tadika, aku mampu untuk membeli CANDY favorite aku... SARSI... barulah ceria hidup ku... hurm... tapi GIGI ku masih cantik... tiada kerosakkan gigi... I used to brush mt teeth three times a day...kononnye.. hahaha... sebab mak kata kalo banyak sangat makan CANDY nanti gigi keluar ulat... cerita mak lagi, ulat tue boleh bawa kite terbang ke satu pulau dan ulat tue akan makan daging kite hingga tinggal tulang... dogeng si emak...

Bakat seni aku terpancar seawal zaman tadika lagi bila aku terpilih untuk menyanyi koir... aku pernah jugak menari waktu darjah 4... namun aku cuma bernyanyi solo sewaktu darjah 6... aku nyanyi lagu "flora cinta"... min malik nye lagu... Dapat masuk final tau.. berbekalkan lagu dari NORA iaitu Persimpangan Dilema... dapat tempat ke-3... Mic die... Allah je tahu berat nye.. macam nak tarik diri pun ada... hehe... yang best macam2 aku rasa... nak kencing la apa lah... huhu... dari kecil self-confident aku sangat rendah.. langsung tak jangka akan masuk ke final apatahlagi menang...

Tahun 1997... oh! pasti semua rakyat Malaysia ingat tahun itu... KEMELESETAN EKONOMI! Sebelum itu, tahap kewangan keluarga agak senang... kite orang tergolong dalam golongan middle-class... semua yang hendak pasti dapat... segala berubah setelah inflasi sifar bermula... Abah kekurangan job sampai satu ketika tiada job masuk langsung... Nak harapkan mak... dia hanya seorang kerani... Kasih sayang Abah terhadap isteri dan anak-anak, menyebabkan Abah mengetepikan status nya sebagi seorang insan seni didalam industri... Abah membuka stall (bukan restoran) di bawah rumah menjual roti canai... walhal, Abah tak pernah tahu cara menebar roti canai... kehidupan kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang... Kalau hujan.. ohw... hanya tuhan yang dapat membayangkan deritanya... tapak stall itu pun di beri oleh orang yang pernah berniaga disitu... haha.. kelakar mengingatkan zaman itu.. walaupun sedihnya sehingga kini terpalit dihatiku... sanggat bertuah Abah dan Mak... kami tiga beradik sangat memahami kesempitan Abah dan Mak... Tak pernah kami merenggek untuk dapatkan barang yang diingini... Nak makan sekteul ayam umpama nak membeli steak di Victoria Station...

Itu lah ketika aku berlajar berdikari... apa yang kuinginkan pasti ku dapatkan dengan hasil sendiri... tidak mengharapkan mereka lagi... kerana itu hanya menambahkan beban Abah dan MAk... Zaman itu NOKIA 3210 menjadi igauan semua kawan-kawan aku disekolah... Pilu mengenangkan nasib diri... aku berusaha untuk mendapatkannya... akhirnya aku memiliki telifon bimbit PENSONIC...

Aku mula bertekad untuk menyanyi untuk membantu keluarga... Azam hanya untuk memangi ganjaran yang dijanjikan... Pertandingan pertama adalah BINTANG HAI... aku sekadar naib juara... RM500 adalah ganjaran... tidak berpuas hati sekadar tempat ke-dua... aku belajar dari kesilapan... sekali lagi BINTANG HAI menjadi medan... Sekali lagi tempat ke-2... Aku meneruskan dengan memasuki bintang RTM... rezeki tidak menyebelahiku... aku beranikan diri bertanding di BINTANG URTV pula... kali ini aku berjaya... berjaya.... berjaya... berbekalkan ketabahan dan kesabaran, aku, menjuarai dan membwa pulang ganjarannya... RM10,000... PUAS! Sungguh puas... aku mampu tersenyum dan membuatkan Abah dan Mak gembira....


Pasti kembali...