Friday, April 24, 2009

Siti Sarah: 'Saya Pakai Apa Yang Saya Suka'


by Miss Ayu | 24 Apr 2009




Itu jawapan yang diberikan oleh Siti Sarah apabila diminta memberi komen tentang penampilannya yang sering mendapat kritikan. “Saya tidak kisah apa yang orang kata tentang penampilan saya. Saya memang tidak mempunyai peraturan dalam berpakaian. Paling penting ia selesa. Orang boleh bercakap, tetapi mungkin dia lupa fesyen itu bersifat universal. Lagipun, saya bukan main hentam saja dalam memilih baju. Saya masih berbincang dengan pereka fesyen yang bertanggungjawab. Antara pereka fesyen yang pernah berkerjasama dengan saya ialah Hatta Dolmat, Nik Irwan dan Faizal.”


Saya tidak mahu orang menyuruh atau memberitahu apa yang perlu saya pakai. Ini kerana hanya saya yang tahu apa yang sesuai dengan diri ini. Jika ia tidak memuaskan hati mana-mana pihak, apa yang boleh saya buat? Saya memang tidak boleh puaskan hati semua orang,” jelas Sarah panjang lebar. Ditanya sama ada dia setuju atau tidak dilabelkan sebagai mangsa fesyen, Sarah hanya memberi jawapan dengan pertanyaan berikut, “Layakkah orang yang mahu mengelarkan dirinya itu? Dan adakah orang itu benar-benar tahu tentang fesyen?” Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Sarah, dia ada sebab yang tersendiri. Jika difikirkan, mungkin ada benarnya dia bercakap begitu, tetapi Sarah perlu ingat penampilan seseorang artis turut mempengaruhi popularitinya kerana ia menjadi ikutan ramai peminat di luar sana.





Finalis WorldStars Road to Hollywood

Sementara itu, walaupun Sarah sering dikritik dalam berpakaian, tetapi vokalnya terbukti hebat. Ramai yang mengagumi kekuatan vokal yang dimilikinya. Selepas tidak berjaya ke peringkat akhir ‘One In A Million’ tahun lalu, kini Sarah terus melangkah ke depan apabila dia tersenarai sebagai salah seora
ng finalis WorldStars Road to Hollywood.

Sarah akan bertanding di dalam kategori vokal atau nyanyian bersama sembilan lagi peserta yang lain, termasuklah Bob AF. Pertandingan akhir ini akan diadakan di Istana Budaya pada 3 Mei dan akan bersiaran langsung di TV2, jam 8.30 malam.

Sekiranya berjaya, Sarah akan mewakili Malaysia ke Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) di Hollywood.

Ketika ditemui pada sidang media program ini kelmarin, Sarah memberitahu yang dia sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi pertandingan akhir itu nanti.

“Untuk final nanti, memang saya sudah lama buat preparation. Hampir sebulan rasanya. Saya harap saya boleh lakukan yang terbaik agar dapat mewakili negara ke Hollywood. Bagi saya pertandingan ini cukup berbeza dengan pertandingan yang lain kerana kali ini tanggungjawabnya lebih besar, bukan sahaja sebagai anak seni tetapi juga sebagai warganegara Malaysia.”

Dalam masa yang sama, Sarah turut memberitahu sekiranya dia layak mewakili negara, dia akan menyanyikan dua buah lagu berbahasa Melayu bagi memperkenalkan M
alaysia diperingkat antarabangsa.

Masih sendiri


Selepas putus tunang dengan jejaka Mat Salleh tidak lama dahul
u, Sarah dilihat tidak berpacaran dengan sesiapa lagi. Mungkin masih belum boleh melupakan kekasih dahulu. Kesempatan yang ada membuatkan GUA terpanggil untuk bertanyakan tentang perkara ini kepada Sarah.

“Buat masa ini Sarah masih lagi sendiri, belum ada pengganti. Bukan kerana Sarah sudah serik, tetapi biar masa yang menentukan. Mana boleh serik bercinta, bercinta itu kan indah. Tidak mungkin saya lepaskan peluang untuk bercinta lagi jika sudah jumpa pasangan yang sesuai.”

Ditanya adakah dia masih mendambakan jejaka Mat Salleh bagi mengisi kekosongan hatinya, Sarah menjelaskan dia tidak pernah menetapkan perkara itu sama sekali.

“Saya tidak kisah berkawan dengan sesiapa pun. Begitu juga dalam mencari calon suami. Apa jua keturunan atau bangsanya, Sarah akan terima jika dia adalah jodoh saya. Paling penting dia boleh menerima diri Sarah seadanya. Bukan mahu menyuruh saya menjadi orang lain,” tegas Sarah mengakhiri perbualan.




2 comments:

Dior 디오 said...

sarah,go to my log...got ur pic there.anyway...TAHNIAH!!!!do ur best there...ingat...bawa kelainan yg tiada kt negara orang,but just in Malaysia.

edan coba said...

Salam Kak Sarah!!!
waauuu pengalun lagu Kesetiaan menang besar kat Holywood!! TANIAH!!!
:D