Saturday, January 31, 2009

Jualan Air Minuman Sarah

Cepatkan air dah habis... best tau...


Air berharga RM 1


Lepas habis jual air, Sarah pose kat booth photo plak...


Sarah dgn Salamiah Hassan


Winnie K


Farah breep,breep...

Tony Yusuff


Sarah dengan rakan-rakan (Zila, Leya, Amani & Dynaz)


Comel kan? Macam Sarah juga ;)


Rosyam, Me, Ryzal & Dafi


Atilia & Me


Nurfatimah jual kat gerai sebalah Sarah je...


Farihad & ME!!! :)


Another day to remember....

Thanks to NSTP for inviting me... Thanks to my fans for coming and support us...
thanks....

Tuesday, January 27, 2009

Malam Karyawan


Dayang, Iz & Me



Me & Iz


Us again... ;)



Sepetang Di Masjid India


Kami pun sampai...



Cepat la sikit jalan elle..


Dah pun sampai...


Ayuh... mencari...


Ini la kot barangnye...


Jom balik elle dah penat... ;)

Best juga kalo sekali-sekala jalan-jala kat sini kan..

Sunday, January 25, 2009

Karnival Amal, ABPBH Untuk Gaza


"Heart to heart, save the Palestinian"
NSTP

Tarikh : Sabtu, 31 januari 2009

Masa : 10:00 Pagi - 6:00 Petang

Tempat : Amcorp Mall, PJ


Mari lah datang beramai-ramai memeriahkan lagi Karnival Amal ni. Sambil berhibur sambil menderma.

Siti Sarah dah jadi Sarah Raissuddin


ARKIB : 18/01/2009

JOYAH dengar Siti Sarah kini mahu dikenali dengan nama Sarah Raisuddin sahaja. Resolusi baru ke Sarah? Elok juga Joyah rasa sebab sudah ramai sangat yang guna nama Siti tu.Lagipun dia mahu muncul dengan album baru.
Eloklah dia menjenamakan semula bukan sahaja namanya tetapi juga keseluruhan imejnya. Iyalah, Sarah bukan tidak berbakat. Malah sebenarnya jauh lebih layak bergelar bintang daripada bintang-bintang program realiti yang berlambak di pasaran ketika ini.Cuma mungkin nasib belum menyebelahi dirinya. Sabarlah ya Sarah.
Joyah pasti satu hari nanti, dia akan berjaya dan berada di kemuncak kerjaya.Sebab lagu-lagu Sarah bukannya tak sedap didengar cuma mungkin promosinya sahaja kurang. Malah bila Sarah menyanyikan lagunya, ada yang ingat ia single baru. Padahal lagu-lagu yang didendangkan itu ada yang dipetik daripada album pertama.
Dalam tahun ini Sarah akan muncul dengan album barunya dan antara yang berkolaborasi dengan Sarah adalah komposer popular Aidit Alfian. Mengenali Aidit, Joyah pasti, banyak lagu-lagu bernuansa baru dan segar akan diketengahkan. Dan Sarah juga mempunyai vokal yang baik untuk melagukan apa sahaja rentak, rancak dan balada.
Dan Joyah juga dengar, kemunculan semula Sarah dengan semangat baru ini, dia tidak sahaja mahu menyanyi tetapi juga ingin meluaskan empayarnya ke bidang lakonan.Joyah dengar Sarah optimis dengan bakat lakonnya. Kerana dengarnya, Sarah yakin dia mampu melakukannya. Baguslah begitu. Orang kata, yakin diri. Jadi kepada selepas yang ingin menawarkan watak kepada Sarah sekarang, tak perlulah ragu-ragu lagi.

Monday, December 22, 2008

Sarah tersentuh kerana masih diingati

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my



Tampak kesungguhan pada wajahnya diiringi nada penuh semangat untuk kembali mewarnai persada seni suara selepas hampir lima tahun tidak muncul dengan album.

"Saya mahu buat 'comeback' dan menyerlah semula," kata penyanyi kecil molek Siti Sarah Raissudin, 24, penuh pengharapan.

Terlalu banyak ujian melanda kehidupan Siti Sarah sejak lima tahun kebelakangan ini dan fitnah yang ditaburkan terhadapnya mencalarkan imej serta hampir menjejaskan karier nyanyian.

Namun, sokongan peminatlah yang membuatkan penyanyi popular dengan lagu Kesetiaan ini bangkit daripada kejatuhan dan menggilap semula namanya.

"Hampir lima tahun tiada album, namun peminat masih mengingati saya. Setiap kali membuat persembahan mereka sering bertanya bila agaknya saya akan muncul dengan album baru?

"Apabila mereka menyuarakan hal itu, hati saya tersentuh kerana tidak menyangka masih ada lagi peminat mahu mendengar nyanyian saya. Saya ingatkan mereka sudah melupakan saya.

"Berasakan masih ada lagi harapan untuk bersinar, saya kumpulkan semangat untuk merencanakan semula karier seni saya sekali gus menerbitkan album baru yang kini dalam proses praproduksi," katanya.

Memastikan hasilnya yang terbaik, pemilik suara seksi ini tidak kisah menunggu lama asalkan 10 lagu yang dimuatkan dalam albumnya nanti dapat memberi kepuasan tidak hanya kepada dirinya selaku penyanyi tetapi juga peminat.

"Saya tidak mahu buat album tangkap muat yang bersandar pada satu single saja sementara yang lain tidak bagus. Saya mahu setiap lagu di dalam album ini mampu menjadi hit.

"Disebabkan itulah, saya tidak pernah berkira soal bajet kerana percaya untuk menghasilkan album yang bagus kita kena berani melabur. Tidak sekadar album berkualiti, saya juga mahu menjadikannya sebagai album yang ada hala tuju.
"Dengan bajet sendiri, saya juga dapat terbabit secara langsung sepanjang proses pembikinan album ini. Dulu saya tidak berpeluang kerana segalanya diuruskan syarikat rakaman," katanya.

Nama besar yang dijangka terbabit dalam pembikinan album Sarah ialah Aidit Alfian, Adnan Abu Hassan, Hazami, Sharon Paul dan Helen Yap.

Harian Metro
23 Disember 2008

Friday, December 12, 2008

'Sekarang pun dia cuba burukkan Sarah'

Terpalit pelbagai kontroversi panas selepas karier seni tidak lagi diurus bapa

BERGELAR artis bermakna merelakan diri untuk terdedah kepada sebarang kontroversi. Suka atau tidak, itulah lumrahnya menjadi anak seni. Walau pahit untuk ditelan, kontroversi tetap harus dilalui. Anak seni mana yang tidak dihambat kontroversi, namun sesetengah mereka beranggapan kontroversi mematangkan diri.




Lapan tahun bergelumang dalam dunia seni suara, si genit ini juga tidak ketinggalan merasai sendiri kontroversi yang hampir menggoyahkan namanya.

Isu mungkir janji kerana gagal menghadiri persembahan, soal bergaduh dengan bapanya hanya kerana dia mengambil pengurus baru, tidak bayar gaji pembantu peribadi dan diikuti dengan kisah putus tunang antara kontroversi yang dikaitkan dengan Siti Sarah Raisuddin.

Biar banyak sekali yang berlaku dalam kerjayanya sejak akhir-akhir ini, wanita berusia 24 tahun ini terus gagah meniti laluan penuh ranjau ini. Memang benar andai difikirkan kembali, ingin saja dia mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni tetapi wanita berasal dari Kuala Lumpur ini tidak mahu dilihat sebagai insan lemah dan cepat mengalah.

Persoalannya kata Sarah, kenapa tatkala berada di bawah jagaan bapanya Raisuddin Hamzah, kontroversi langsung tidak pernah timbul. Namun sejak dia melantik pembantu peribadi kerana bapanya sibuk menguruskan syarikat milik mereka Global Work muncul pelbagai konflik.

“Sejak abah tidak lagi menguruskan Sarah, Sarah rasa ditipu. Malah sejak menggunakan khidmat orang itu, Sarah mengalami kejatuhan gila-gila sehingga sekarang pun dia masih lagi cuba memburuk-burukkan Sarah.

“Kenapa ketika abah menguruskan Sarah semua ini tidak berlaku. Sejak orang itu kerja dengan Sarah, banyak perkara tidak baik yang timbul. Sehingga Sarah dituduh mungkir janji kerana tidak hadir persembahan, datang lambat untuk fotografi dan sebagainya. Semuanya berpunca dari orang itu.

“Kalau dia menjalankan tugasnya dengan betul pasti semua ini tidak berlaku. Sepatutnya sebagai pembantu peribadi dia perlu tahu tanggungjawabnya kerana jadual Sarah ada padanya,” kata Sarah kecewa dengan sikap bekas pembantu peribadinya.

Disebabkan bekas pembantu peribadinya yang cuai, menyeret Sarah ke kancah kontroversi hingga hampir mengancam namanya. Keadaan itu menyebabkan bapanya hampir bersuara dan ingin kembali menguruskan semula kerjaya anak kesayangannya itu.

“Sarah pelik kenapa orang kata saya bergaduh dengan abah sedangkan dia adalah bapa Sarah. Dek kerana pelbagai kontroversi yang melanda Sarah, abah cakap dia nak menguruskan semula Sarah.

“Tapi Sarah bersyukur kerana pelbagai kontroversi yang dilalui mematangkan Sarah. Jika tidak, tentu Sarah tidak matang dan terus mengharapkan abah sehingga sekarang. Sarah yakin abah pasti bangga dengan perkembangan Sarah, cuma Sarah kasihankan abah kerana dia pula yang terpaksa bersusah payah membersihkan ‘najis’ yang terpalit pada Sarah,” kata gadis ini yang menganggap setiap hari yang dilalui adalah pelajaran baru untuknya.

Lima tahun tiada album

HAMPIR lima tahun tidak menghasilkan album baru, Sarah kini tidak sabar-sabar untuk tampil dengan buah tangan terbaru. Bagaimanapun, wanita ini tidak mahu menghasilkan album tangkap muat.

Justeru, dia sanggup menanti lama asalkan dapat menghasilkan album berkualiti. Dengan bajet sendiri, kata Sarah dapatlah dia campur tangan dalam segala urusan penghasilan album sendiri berbanding sebelum ini kerana terikat dengan syarikat rakaman yang lebih banyak membuat keputusan dalam albumnya.

“Sarah mahukan album berkualiti dan ada arah tuju yang sama. Sarah tidak mahu album rojak, kalau boleh biarlah lagu yang terkandung dalam album itu nanti semuanya ‘boom’ dan ada kekuatan masing-masing.

“Sarah tidak mahu peminat tertipu. Sekarang ini Sarah lebih memikirkan keuntungan kedua-dua pihak. Sarah mahu album ini menjadi hadiah paling bermakna setelah lima tahun tidak tampil dengan album,” katanya.

Masih berkawan dengan Fuad

BIAR kasih sudah terputus, Sarah akui hubungannya dengan bekas tunangnya Mohd Harith Fuad Robbinson masih lagi baik. Bagaimanapun sejak Fuad berpindah ke Eropah mereka semakin jarang berhubung, tetapi ketika Fuad berkunjung ke sini baru-baru ini, Sarah tidak melepaskan peluang bertemu dengan bekas tunangnya.

Ditanya apakah seandainya satu hari nanti kasih mereka kembali bertaut, Sarah akan menerima Fuad semula, Sarah enggan memberikan sebarang komen. Katanya dia bimbang kenyataannya itu nanti akan memakan diri.

Siapa pun jodohnya, Sarah tidak kisah dan menyerahkan soal jodoh kepada takdir. Namun yang penting lelaki yang bakal menjadi teman hidupnya tahu menghormati keluarga dan mengetahui selok belok agama supaya dapat membimbingnya.

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Berita Harian 12 Disember 2008
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Hip/20081212075512/Article/